PENGENALAN PERISTIWA 13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia .Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku bsecara tiba tiba atau sebab sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab sebab atau peristiwa yang berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei .Selain itu, kesan peninggalan penjajahan Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum Melayu di Tanah Melayu .
Selasa, 8 Mac 2016
Jumaat, 12 Februari 2016
KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.
PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969
1. Keadilan Ekonomi
Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang.
2. Terima kekangan atau kemenangan dengan bersederhana.
Semua pihak seharusnya menerima
kemenangan@kekalahan dengan cara yang bersederhana.tindakan provokasi daripada
satu pihak yang lain hanya akan boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang
tidak diingini.oleh itu,tak kira sama ada kita kalah@menang,konsep
kesederhanaan perlulah dititik beratkan.jika difikir dengan otak yang
waras,tentu ada lebih banyak lagi cara untuk menyelesaikan permasalahan dengan
lebih bijak
4. Kepelbagaian budaya dan nilai
hasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum.
Di Negara ini telah menjadikan
Negara ini unik.keunikan ini perlu diperlihara untuk tatapan generasi akan
datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada Negara luar.
Khamis, 11 Februari 2016
KESAN
PERISTIWA 13 MEI 1969
Implikasi pertama Peristiwa 13
Mei ialah pengisytiharan darurat. Berikutan rusuhan yang belaku pada 13 Mei di
sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16 Mei 1969, Darurat telah diisytharkan
oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah
Ordinan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149. Apabila
berkuatkuasanya Ordinan Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan
dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera.
Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur
gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana , Pasukan-pasukan yang memainkan peranan
penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
telah ditubuhkan pada 17 Mei 1969 dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak
Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. MAGERAN dibentuk
bertujuan diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan
masyarakat. Antara tugas-tugas utama MAGERAN adalah mengembalikan keamanan dan
undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan
suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.
MAGERAN telah mewujudkan Rukun
Negara sebagai ideologi kebangsaan
Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu
setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara. Rukunegara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia
bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu
masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik. Sejak
kemerdekaan lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan
Persekutuan yang menjamin hak istimewa semua kumpulan etnik dan Rukunegara
sebagai panduan kita dalam pembinaan bangsa. Prinsip-prinsip yang terkandung di
dalam Rukunegara jelas merupakan kunci kepada masyarakat berbilang kaum di
negara ini untuk memelihara dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum
demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Berikutan jurang perbezaan sosio
ekonomi antara kaum Melayu dan Cina serta kaum India kerajaan dan tercetusnya
Peristiwa 13 Mei 1060, kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada
tahun 1971 yang dibentuk menerusi MAGERAN. DEB bertujuan untuk merapatkan
jurang ekonomi antara semua kaum yang mendiami Malaysia serta mencapai keharmonian
kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB juga bertujuan
mengurangkan perbezaan ekonomi,
sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.
FAKTOR 13 MEI 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada
zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan
Cina
2.
Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris.
Dasar
penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu
tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama
ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina
tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan
lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi
dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi
lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza.
Latar
belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang
tinggal di bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik.
Dalam
pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut
serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee
Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak
akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP
telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun
setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan
MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah
menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka
mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf
bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa
tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya
sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen
Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti
Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia
hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak
istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang melayu
PAP
telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut
sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak
kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada
keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi
dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Isu
bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa
13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa
rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula
tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada
status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai
bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah
mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu
. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa
Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan
telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir
bin Ismail.
SEJARAH PERISTIWA 13 MEI 1969
SEJARAH PERISTIWA 13 MEI 1969
Malaysia mencapai kemerdekaan secara rasmi pada 31 Ogos 1957
Namun perpaduan masih menjadi masalah kepada pemimpin pada masa itu. Dengan itu tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas pilihan raya 1969 diadakan dimana parti-parti pembangkang terutamanya Parti Perikatan Rakyat DAP dan Gerakan yang mendapat kemenangan yang memberansangkan iaitu dengan 25 buah kerusi.
Walaupun Parti Perikatan masih lagi boleh membina kerajaan namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan pilihan raya sebelum ini. Jumlah kerusi yang telah dimenangi adalah 12 buah kerusi. DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei bagi meraikan kemenangan mereka. Namun perarakan tersebut dilakukan tanpa izin pihak polis.
Kemudiannya UMNO tercabar lalu turut mengadakan perarakan bagi meraikan kejayaan menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya. Perarakan ini diketuai Dato Harun Idris menteri besar Selangor pada ketika itu.
Malaysia mencapai kemerdekaan secara rasmi pada 31 Ogos 1957
Namun perpaduan masih menjadi masalah kepada pemimpin pada masa itu. Dengan itu tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas pilihan raya 1969 diadakan dimana parti-parti pembangkang terutamanya Parti Perikatan Rakyat DAP dan Gerakan yang mendapat kemenangan yang memberansangkan iaitu dengan 25 buah kerusi.
Walaupun Parti Perikatan masih lagi boleh membina kerajaan namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan pilihan raya sebelum ini. Jumlah kerusi yang telah dimenangi adalah 12 buah kerusi. DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei bagi meraikan kemenangan mereka. Namun perarakan tersebut dilakukan tanpa izin pihak polis.
Kemudiannya UMNO tercabar lalu turut mengadakan perarakan bagi meraikan kejayaan menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya. Perarakan ini diketuai Dato Harun Idris menteri besar Selangor pada ketika itu.
LATAR BELAKANG PERISTIWA 13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei
Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
LATAR BELAKANG
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Langgan:
Catatan (Atom)