Malaysia mencapai kemerdekaan secara rasmi pada 31 Ogos 1957
Namun perpaduan masih menjadi masalah kepada pemimpin pada masa itu. Dengan itu tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas pilihan raya 1969 diadakan dimana parti-parti pembangkang terutamanya Parti Perikatan Rakyat DAP dan Gerakan yang mendapat kemenangan yang memberansangkan iaitu dengan 25 buah kerusi.
Walaupun Parti Perikatan masih lagi boleh membina kerajaan namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan pilihan raya sebelum ini. Jumlah kerusi yang telah dimenangi adalah 12 buah kerusi. DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei bagi meraikan kemenangan mereka. Namun perarakan tersebut dilakukan tanpa izin pihak polis.
Kemudiannya UMNO tercabar lalu turut mengadakan perarakan bagi meraikan kejayaan menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya. Perarakan ini diketuai Dato Harun Idris menteri besar Selangor pada ketika itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan