FAKTOR 13 MEI 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada
zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan
Cina
2.
Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris.
Dasar
penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu
tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama
ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina
tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan
lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi
dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi
lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza.
Latar
belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang
tinggal di bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik.
Dalam
pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut
serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee
Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak
akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP
telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun
setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan
MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah
menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka
mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf
bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa
tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya
sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen
Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti
Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia
hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak
istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang melayu
PAP
telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut
sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak
kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada
keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi
dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Isu
bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa
13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa
rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula
tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada
status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai
bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah
mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu
. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa
Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan
telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir
bin Ismail.